Thursday 21 November 2013

ESP(Energizing Soy Protein)





Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Tuesday 19 November 2013

MEALSHAKE UNTUK SEISI KELUARGA





Mealshake merupakan hidangan yang lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah di serap untuk kegunaah harian. Diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.lactalbumin adalah bahan yg terbaik dan mengandungi dan mengandungi organisma protin yang sgt berkualiti dan mudah di serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga dewasa.

MEALSHAKE adalah hidangan sarapan yg berkhasiat dan dihasil kan untuk semua 

·        Bayi
·        Kanak-kanak  yang sedang membesar yg kurang selera makan
·        Para pelajar
·        Ibu mengandung yang ada morning sickness yg teruk
·        Atlit
·        Vegetarian
·        Org yg suka makanan segera


MEAL SHAKES PENTING UNTUK SI MANJA ANDA !!!

* mengandungi asid folic, biotin, kalsium & magnesium untuk membina sel-sel & proses tumbesaran

* kaya dengan protein yg membantu menyihatkan sel-sel

* mengandungi vitamin A,C,E, zink & selenium sebagaanti oksidan

* membentuk sel darah merah yg sihat

* minuman multivatimin perisa vanilla yg lengkap, tanpa pewarna & gula tiruan



Sunday 17 November 2013

SET KESUBURAN SUAMI DAN STERI


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita;
  • Tiub fallopian tersumbat~ Endometriosis~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)~ Masalah hormon~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur~ Menopous sebelum waktunya~ Masalah tiroid~ Fibroid 

Penyebab biologi di kalangan lelaki ;
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma~ Menghidap hernia~ Gangguan hormon~ Salur sperma tersumbat~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb 

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita) ;
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan 
  • Stress dan tekanan 
  • Pemakanan yang tidak sihat 
  • Kekurangan zat 
  • Amalan merokok atau meminum alkohol 
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug) 
  • Terdedah kepada pencemaran 
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk 
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.
  • Bersenam - Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda. 
  • Mengelakkan pencemaran - Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok 
  • Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Pengambilan supplement untuk tingkatkan kesuburan
Kesuburan boleh dipertingkat dengan mengamalkan supplement seperti:

Vita-Lea - Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Justeru, untuk cepat dapat anak, seorang wanita (mahupun lelaki) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral penting dalam kehidupan harian kita dan memastikan kesihatan di paras optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin B3, B6 dan B12 berperanan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Kritikal bagi mereka mempunyai gaya hidup yang sibuk. Selepas seharian penat bekerja di pejabat, anda tentu memerlukan tenaga untuk bersama dengan pasangan.
Vitamin B12 juga berperanan dalam meningkatkan jumlah sperma.

Vitamin C - Selain berperanan melindungi sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E dan Selenium - Bersama-sama dengan vitamin C sebagai berfungsi sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Justeru, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee dapat membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan pantas.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 menjadi pelincir bagi memastikan kelicinan pergerakan sperma untuk memudahkan persenyawaan.

Zinc - Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – Membantu mengatur pusingan haid dengan betul dan menyelesaikan masalah keputihan / masalah wanita.

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa

kredit : Mashitah Mamat


TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:
Testimonial Doc on set Kesuburan Shaklee Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya


Saturday 16 November 2013

GLA Complex



gla melegakan pms dan mencantikkan kulit
GLA Complex ~ Majalah Rapi Bil 199 ~

GLA COMPLEX Shaklee bukan sahaja fokus kepada wanita untuk mengatasi masalah haid malah banyak lagi faedah dan kebaikan daripada GLA Complex ni tau...


kaum Adam juga boleh ambik, bukan terhad pada kaum wanita jerrr.......

okies, kali ni saya ingin fokus pada apa yang tersiar di Majalah Rapi...


GLA COMPLEX ~ SELESA KETIKA HAID


bagaimana ia dikatakan mampu memberi kelegaan dan selesa ketika haid,


mengurangkan senggugut dan simptom2 lain semasa PMS.....??

Gamma-Linolenic Acid (GLA) yang diekstrak daripada borage mengandungi lebih dari 2x ganda GLA yang terdapat di dalam Evening Primrose Oil (EPO).


Borage juga adalah 3x ganda lebih dari segi biovailabiliti dan 3x lebih berkesan daripada EPO.

GLA membentuk prostagladin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti senggugut, mood yang berubah-ubah dan sakit pada payudara..


bagi yang mengalami senggugut, hanya anda jer yang tahukan betapa sakit nya waktu itu....T___T

Apa pulak prostaglandin??



prostaglandin adalah salah satu daripada beberapa hormon yang mengawal pelbagai aktiviti fisiologi, termasuk peredaran darah, penghadaman, reproduction, pengecutan dan pengenduran otot licin, pengembangan dan penyempitan saluran darah, mengawal tekanan darah, dan modulasi keradangan.


ini lah wajah GLA COMPLEX yang juga dapat MENCANTIKKAN KULIT...

pakej lengkap, PMS & KULIT SMOOTH...so, apa lagi yang anda cari...rugi kalo produk yang bagus macam ni, anda abaikan......

tapi ingat yaa, wanita hamil tidak boleh mengambil minyak borage (GLA COMPLEX) kerana dikhuatiri akan menyebabkan masalah hati. Ini adalah kerana biji borage mengandungi toksin walaupun ia telah dikeluarkan sebelum minyak borage digunakan dan diproses...


Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Credit to Mashitah Mamat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...